SELAMAT TAHUN BARU 2012
Pages
Pengenalan
Perpustakaan Desa Siber Ilmu Lahar Minyak telah dirasmikan oleh Y.B. Dato' Haji Azhar Bin Ibrahim, ADUN Penaga (Pengerusi Jawatankuasa MMK Pertanian, Perikanan dan Pembangunan Luar Bandar pada 17 April 2001 bersamaan 23 Muharam 1422 Hijrah.
Dahulunya bangunan ini dijadikan sebuah kilang perusahaan kecil. Y.B. Dato' Azhar mencadangkan supaya bangunan ini dijadikan perpustakaan maka dengan persetujuan dari pihak JKKK, PPAPP dan ahli Qariah serta semua yang terlibat maka tertubuhnya Perpustakaan Siber Ilmu Lahar Minyak di bawah pentadbiran Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.
Dahulunya bangunan ini dijadikan sebuah kilang perusahaan kecil. Y.B. Dato' Azhar mencadangkan supaya bangunan ini dijadikan perpustakaan maka dengan persetujuan dari pihak JKKK, PPAPP dan ahli Qariah serta semua yang terlibat maka tertubuhnya Perpustakaan Siber Ilmu Lahar Minyak di bawah pentadbiran Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.
Thursday, 29 December 2011
Wednesday, 7 December 2011
Bubur asyura
Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Ia juga dikenali sebagai sugha.Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura.
Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Kononnya, selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh.
Puasa hari Asyura pula merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah.
Sejarah hari Asyura
Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Kononnya, selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh.
Puasa hari Asyura pula merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah.
Thursday, 25 August 2011
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
Saya sekeluarga memohon kemaafan sekiranya tersalah cakap, termakan, terminum dan segala-galanya ter semoga kedatangan Syawal ini memberi kerahmatan.
Tuesday, 9 August 2011
Wednesday, 27 July 2011
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
Ramadhan semakin menghampiri. Didoakan semoga kita sentiasa di dalam rahmat Allah dan dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh rasa syukur dan insaf. Marilah kita sama2 mengimarahkan masjid2, surau2, bersedekah dan menghulurkan zakat agar hasil yang kita peroleh bertambah berkat. Elakkan pembaziran makanan di bulan puasa.
Dengan penuh rasa gembira, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat islam tidak kira di mana anda berada. Sama2 kita perbanyak amalan di bulan ini.
Tuesday, 26 July 2011
Kalender Aktiviti Julai
- Cari Benda Tersembunyi
- Mengenali TYT
- Kad Kreatif Untuk TYT
- Lukisan Buah-buahan
- Membuat Boneka
- Kuiz Sains
- Membuat Kipas
- Lakonan Berkumpulan
- Mari Menyanyi
Subscribe to:
Posts (Atom)