Pengenalan

Perpustakaan Desa Siber Ilmu Lahar Minyak telah dirasmikan oleh Y.B. Dato' Haji Azhar Bin Ibrahim, ADUN Penaga (Pengerusi Jawatankuasa MMK Pertanian, Perikanan dan Pembangunan Luar Bandar pada 17 April 2001 bersamaan 23 Muharam 1422 Hijrah.
Dahulunya bangunan ini dijadikan sebuah kilang perusahaan kecil. Y.B. Dato' Azhar mencadangkan supaya bangunan ini dijadikan perpustakaan maka dengan persetujuan dari pihak JKKK, PPAPP dan ahli Qariah serta semua yang terlibat maka tertubuhnya Perpustakaan Siber Ilmu Lahar Minyak di bawah pentadbiran Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.

Wednesday, 7 November 2012

AWAL MUHARAM



Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.[1]
Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

HAPPY DEEPAVALI



 


 Hari Deepavali (Bahasa Hindi: दिपावली, Bahasa Tamil: தீபாவளி) juga dikenali sebagai Diwali dan Divali (Bahasa Hindi: दीवाली) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.
Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

Thursday, 13 September 2012

Selamat Hari Malaysia

Malaysia Tanah Airku
Semoga Aman Dan Tenteram Selalu
Perpaduan Mengerat Keikhlasan
Menjadi Gah Di Mata Dunia
Selamat Hari Malaysia.









Malaysia Boleh





Tuesday, 14 August 2012

SELAMAT HARI RAYA

Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku

Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia

( korus )
Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya

Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau

Lirik Lagu Raya - Dendang Perantau P.Ramlee

Friday, 3 August 2012

Friday, 20 July 2012

RAMADHAN AL MUBARAK

Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Lafaz niat

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Tuesday, 17 July 2012

KIBAR JALUR GEMILANG

TRANFORMASI BERJAYA, RAKYAT SAJEHTERA

Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang!

Saturday, 16 June 2012

Selamat Hari Bapa

Sempena hari Bapa yang akan di sambut pada 17/06/2012 saya mengucapkan Selamat Hari Bapa buat semua bapa-bapa. Semoga kalian yang bergelar bapa menjadi idola kepada anak-anakmu.

Wednesday, 9 May 2012

Program Satu Bayi Satu Buku dan Door To Door



Saya telah menjalankan program door to door dan telah mendapati anak-anak ini terutama yang kecil itu layak menerima sumbangan buku SBSB secara percuma kerana faktor ekonomi. Sepanjang saya berada di situ si kakk-kakak dan adik begitu berminat maka saya telah menawarkan diri untuk membuat pinjaman dan pemulangan secara door to door kerana faktor susah ibu dan anak-anak ini hendak pergi ke perpustakaan.

Kulit Buku Gergasi PSLM






Terima kasih saya ucapakan buat anak-anak yang menolong saya mewarna semoga pertolongan kalian mendapat pahala yang sempurna.

Wednesday, 25 April 2012

Snopsis buku bulan April

Tajuk Buku : 195 Koleksi Petua-petua Untuk Wanita
No. Kelas : 615.88 SAT

Memandangkan buku ini saya sudah lama membacanya maka saya rasa perlu juga berkongsi apa kandungan buku yang diterbitkan khas dengan beberapa petua khusus untuk para wanita dan bayi serta kanak-kanak.
Petua-petua di dalam buku ini amat berguna dan boleh dijadikan amalan dalam kehidupan seharian. Antaranya deman, selsema pada bayi, cacing dan sebagainya. Antara petua yang saya ingn kongsi bersama di samping saya pernah mengamalnya.

Menyuburkan Rambut
Bahan-bahan
Buah Keras
cara-caranya
Ambil beberapa biji buah keras yang masih ada kulitnya. Banyaknya bergantung kepada keadaan botak/rambut sikit anda. Kupas kulit dan ambil isinya kemudian panggang di atas api hingga hangus, setelah itu tumbuk hingga halus. Seterusnya sebelum tidur sapukan kepada bahagian rambut yang sedikit/botak. Lakukan selam sebulan. Insyallah anda akan dapatmelihat hasilnya.

Terdapat 194 lagi koleksi yang ada pada buku tersebut.Selamat mencuba dan mengamalkannya.



Rosnaliza Bt Said
Pembantu Perpustakaan
PDSI Lahar Minyak

Thursday, 12 April 2012

Yang di-Pertuan Agong




Yang di-Pertuan Agong ialah gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri.
Yang di-Pertuan Agong sekarang ialah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah.

 

Wednesday, 22 February 2012

Program Mailidur Rasul 2012



 Masa : 8.30 pagi , tarikh : 19.02.2012
Program ini dianjur oleh Khairyah Masjid Jamek Permatang Tinggi A dan kerjasama dengan PDSI Lahar Minyak, PDSI Kota Aur dan PDSI Permatang Tinggi A. Perarakan ini bermula dari taman mainan kanak-kanak Permatang Tinggi A melalui kawasan jalan kampung terus ke jalan taliair iaitu kiri kanan terdapat bendang/sawah yang telah dituai oleh pemiliknya. Dengan cuaca yang redup seramai 80 orang yang terdiri dari golongan warga tua, dewasa lelaki dan perempuan sertagolongan kanak-kanak( pengguna ketiga-tiga perpustakaan tersebut) memeriahkan lagi majlis tersebut. Para kaum ibu dan bapa sibuk memasak untuk hidangan tengahari di perkarangan masjid. Selepas acara perarakan para kaum warga masjid (lelaki) menjalankan acara marhaban manakala pengguna kanak-kanak telah diadakan acara teka silangkata. Majlis itu selasai pada jam 1.00 tgh

Aktiviti Bulan Februari 2012


                                              Mewarna Membanteras Dadah (18/02/2012)

Thursday, 16 February 2012

Promosi @ Tadika Perpaduan Bertam Indah



                                               Becerita " Kancil dan Harimau (10/02/2012)
                                               Mari Menyanyi (Jgn Lupa Lirik) (17/02/2012)

Maulidur Rasul



Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Aktiviti Bulan Februari 2012

                                                     Membuat Sampul Duit Raya

Aktiviti Bulan Januari 2012


Mewarna Naga (28/01/2012)

Saturday, 21 January 2012

Aktiviti Bulan Januari 2012


                                          Origami Anjing Dan Kucing (13/01/2012)

                                          Origami A Rhombus Orament (14/01/2012)

                                           Mewarna Sempena Tahun Baru Cina (21/01/2012)

Tuesday, 17 January 2012

Selamat Tahun Baru Cina 2012




Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti Tanah Besar China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura,[1] Taiwan, Thailand, dan juga di Pekan Cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga disetempatkan bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai takwim qamari Cina), termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar), Mongolia (Tsagaan Sar), Vietnam (Tết), dan Jepun hingga tahun 1873 (Oshogatsu)