Pengenalan

Perpustakaan Desa Siber Ilmu Lahar Minyak telah dirasmikan oleh Y.B. Dato' Haji Azhar Bin Ibrahim, ADUN Penaga (Pengerusi Jawatankuasa MMK Pertanian, Perikanan dan Pembangunan Luar Bandar pada 17 April 2001 bersamaan 23 Muharam 1422 Hijrah.
Dahulunya bangunan ini dijadikan sebuah kilang perusahaan kecil. Y.B. Dato' Azhar mencadangkan supaya bangunan ini dijadikan perpustakaan maka dengan persetujuan dari pihak JKKK, PPAPP dan ahli Qariah serta semua yang terlibat maka tertubuhnya Perpustakaan Siber Ilmu Lahar Minyak di bawah pentadbiran Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.

Saturday, 21 January 2012

Aktiviti Bulan Januari 2012


                                          Origami Anjing Dan Kucing (13/01/2012)

                                          Origami A Rhombus Orament (14/01/2012)

                                           Mewarna Sempena Tahun Baru Cina (21/01/2012)

Tuesday, 17 January 2012

Selamat Tahun Baru Cina 2012




Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti Tanah Besar China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura,[1] Taiwan, Thailand, dan juga di Pekan Cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga disetempatkan bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai takwim qamari Cina), termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar), Mongolia (Tsagaan Sar), Vietnam (Tết), dan Jepun hingga tahun 1873 (Oshogatsu)