Pengenalan

Perpustakaan Desa Siber Ilmu Lahar Minyak telah dirasmikan oleh Y.B. Dato' Haji Azhar Bin Ibrahim, ADUN Penaga (Pengerusi Jawatankuasa MMK Pertanian, Perikanan dan Pembangunan Luar Bandar pada 17 April 2001 bersamaan 23 Muharam 1422 Hijrah.
Dahulunya bangunan ini dijadikan sebuah kilang perusahaan kecil. Y.B. Dato' Azhar mencadangkan supaya bangunan ini dijadikan perpustakaan maka dengan persetujuan dari pihak JKKK, PPAPP dan ahli Qariah serta semua yang terlibat maka tertubuhnya Perpustakaan Siber Ilmu Lahar Minyak di bawah pentadbiran Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.

Wednesday 27 July 2011

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Salam perjuangan buat semua umat Islam.

Ramadhan semakin menghampiri. Didoakan semoga kita sentiasa di dalam rahmat Allah dan dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh rasa syukur dan insaf. Marilah kita sama2 mengimarahkan masjid2, surau2, bersedekah dan menghulurkan zakat agar hasil yang kita peroleh bertambah berkat. Elakkan pembaziran makanan di bulan puasa.
Dengan penuh rasa gembira, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat islam tidak kira di mana anda berada. Sama2 kita perbanyak amalan di bulan ini.

Tuesday 26 July 2011

Kalender Aktiviti Julai

  • Cari Benda Tersembunyi
  • Mengenali TYT
  • Kad Kreatif Untuk TYT
  • Lukisan Buah-buahan
  • Membuat Boneka
  • Kuiz Sains
  • Membuat Kipas
  • Lakonan Berkumpulan
  • Mari Menyanyi