Pengenalan

Perpustakaan Desa Siber Ilmu Lahar Minyak telah dirasmikan oleh Y.B. Dato' Haji Azhar Bin Ibrahim, ADUN Penaga (Pengerusi Jawatankuasa MMK Pertanian, Perikanan dan Pembangunan Luar Bandar pada 17 April 2001 bersamaan 23 Muharam 1422 Hijrah.
Dahulunya bangunan ini dijadikan sebuah kilang perusahaan kecil. Y.B. Dato' Azhar mencadangkan supaya bangunan ini dijadikan perpustakaan maka dengan persetujuan dari pihak JKKK, PPAPP dan ahli Qariah serta semua yang terlibat maka tertubuhnya Perpustakaan Siber Ilmu Lahar Minyak di bawah pentadbiran Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.

Wednesday 25 April 2012

Snopsis buku bulan April

Tajuk Buku : 195 Koleksi Petua-petua Untuk Wanita
No. Kelas : 615.88 SAT

Memandangkan buku ini saya sudah lama membacanya maka saya rasa perlu juga berkongsi apa kandungan buku yang diterbitkan khas dengan beberapa petua khusus untuk para wanita dan bayi serta kanak-kanak.
Petua-petua di dalam buku ini amat berguna dan boleh dijadikan amalan dalam kehidupan seharian. Antaranya deman, selsema pada bayi, cacing dan sebagainya. Antara petua yang saya ingn kongsi bersama di samping saya pernah mengamalnya.

Menyuburkan Rambut
Bahan-bahan
Buah Keras
cara-caranya
Ambil beberapa biji buah keras yang masih ada kulitnya. Banyaknya bergantung kepada keadaan botak/rambut sikit anda. Kupas kulit dan ambil isinya kemudian panggang di atas api hingga hangus, setelah itu tumbuk hingga halus. Seterusnya sebelum tidur sapukan kepada bahagian rambut yang sedikit/botak. Lakukan selam sebulan. Insyallah anda akan dapatmelihat hasilnya.

Terdapat 194 lagi koleksi yang ada pada buku tersebut.Selamat mencuba dan mengamalkannya.



Rosnaliza Bt Said
Pembantu Perpustakaan
PDSI Lahar Minyak

Thursday 12 April 2012

Yang di-Pertuan Agong




Yang di-Pertuan Agong ialah gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri.
Yang di-Pertuan Agong sekarang ialah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah.